Bonjour Fellas!

Heyy you! Welcome to my World. Thanks for visiting.
bold

|
Bonjour Fellas! ![]() Heyy you! Welcome to my World. Thanks for visiting. bold
|
Owner ![]() ![]() Credits Template : Qistina Le Shoujo Header : Izyan Basecodes :AskarrPink Senyumlah wahai hati yang sedang bersedih!
Wednesday, 7 March 2012 | 08:24 | 0 comment(s)
Saat kita menempuhi onak duri dunia, derita sekali sekala mencuit hati. Hati remuk menangis tidak henti. Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati. Ketika itu, sabar pun sudah tidak dikenali lagi. Dalam terharu.. air mata tertumpah juga. Wahai hamba Ilahi, begitulah kehidupan di dunia. Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkan untuk kita. Adakalanya kita tersangat gembira. Adakalanya kita tersangat kecewa. Namun.. Jangan risau manusia. Allah itu Tuhan kita. Tuhan Yang Maha Luas Kasih SayangNya. Percayalah... Allah tidak akan menduga hambaNya. Kecuali untuk melihat hambaNya, tersenyum disana, tertawa disana, berbahagia disana. InsyaAllah di syurga yang mengalir dibawahnya. Sungai sungai yang mendamaikan jiwa. Oh indahnya! Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah s.w.t. Wahai hamba Allah, jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. Kesedihan demi kesedihan bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputus asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan. Gara gara kesedihan, air yang manis terasa pahit. Makanan yang lazat terasa hambar. Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu. Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah. Dan begitu berdosanya diri kita disisi Allah. Wahai hamba Allah, lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu. Sepanjang hidup dan usiamu. Jangan mudah berputus asa. Senyuman yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan.. simpan. Jadikan tauladan. Segala yang kau pandang dan dengar... simpan. Buat pedoman. HEY YOU! THINK POSITIVE OKAY :) *copied from http://www.youtube.com/watch?v=4pJNXYIwlTs&feature=share* |