Bonjour Fellas!

Heyy you! Welcome to my World. Thanks for visiting.
bold

|
Bonjour Fellas! ![]() Heyy you! Welcome to my World. Thanks for visiting. bold
|
Owner ![]() ![]() Credits Template : Qistina Le Shoujo Header : Izyan Basecodes :AskarrPink Cinta.
Tuesday, 29 November 2011 | 09:32 | 0 comment(s)
Semenjak wujudnya makhluk di dunia ni, naluri untuk mencari pasangan bercinta memang sudah wujud. Ia wujud secara semulajadi. Kalau zaman primitif dulu, kadang kadang caranya agak kejam. Tapi, begitulah salah satu cara mereka mencari pasangan.. untuk memenuhi naluri masing masing. Zaman sekarang pulak caranya lebih sofiskated. Walaupun asasnya sama iaitu memasang umpan, kata kata manis, mempamerkan kelebihan diri, namun tujuannya berbeza beza. Ada yang cuma mahu suka suka, ada yang mahu berpoya poya, ada yang mahu mengikis harta, ada yang cuma mahu glamour, ada yang nak test power. Sukar nk nilai yg mana ikhlas mencari cinta atau sekadar memperdaya. Macam macam stail, macam macam cerita dan gaya. Oleh itu, pandai pandailah menilai agar tidak menjadi mangsa. Zaman tuk nenek dulu kalau nk ngorat anak dara cuma dapat tgk kelibat kat tingkap je. Lepas tu, kalau nak memikat, kena pikat dulu bakal mentua. Zaman berubah, makin lama makin mudah. Kadang kadang mangsa siap terhidang depan mata. Cuma perlu pandai kenyit mata je. Sekarang pulak, dgn majunya teknologi cyber, cuma perlu pandai click papan komputer. Walau apa pun caranya, nasib seseorang itu tetap berbeza-beza. Ada mencuba sedaya upaya mencari cinta tapi masih tak mengena. Ada yg tak perlu mencuba, ramai volunteer bergayut-gayut keliling pinggang mengofferkan cinta kat dia. Ada yg sukar mendapat cinta sbb citarasa berbeza. Ada yg sentiasa malang dan selalu hidup sorang-sorang. Persoalannya... Apakah makna cinta. Mengapa kita dijadikan dgn naluri yg sentiasa ingin berpasang-pasangan. Wujudkah manusia yg sempurna hingga tk perlu pasangan utk dijadikan pelengkap jiwa? Tak perlu cinta di dalam hidupnya? Hm.. Ada?! Betul ke? Kalau ada... satu je aku nak nasihatkan dia.. "Jangan kencing ye!" Kita manusia memang suka dihargai. Kita perlu teman utk berkongsi pendapat dan cerita. Kita perlukan keluarga dan saudara utk membantu di kala susah derita. Dan berkongsi ketawa di kala gembira. Semuanya ini dah memang wujud didalam keperluan naluri manusia. Semuanya ini wujud kerana cinta. Kerana cinta, kita wujud di dunia.. Dengan cinta juga, kita sentiasa mendokan mereka yg telah tiada di dunia ini. Dengan cinta, kehidupan kita akan berkembang lagi. Susah utk dicintai jika kita tidak pandai utk mencintai dulu diri sendiri. Namun, sehebat-hebat cinta di didunia, semuanya hanya sementara. Kerana cinta yang kekal abadi ada di atas sana... |